Hati aku makin kosong …
Fikiranku melayang entah kemana…
Aku masih mencari-cari apa itu ketenangan...
Tapi yang aku temui hanya bayang-bayang semalam yang masih mengekoriku…
Aku terlupa apa itu ketawa, aku terlupa semuanya tentang kegembiraan…
Kini yang sering temani aku hanyalah kesuraman yang tidak pernah ada penghujung…
Suara teman-temanku bergelak ketawa masih tergiang-ngiang di cuping telingaku…
Hanya tuhan tahu betapa meraka gembira dilamun cinta zaman keremajaan ini…
Sering kali aku juga dijamah dengan cerita cinta yang kadang kala ada pasang surutnya…
BETUL! langit tak selalunya cerah…
Aku juga tidak ketinggalan mengalami saat-saat indah dilamun cinta…
Tapi keindahan itu hanya sementara buatku…
Aku tahu aku juga tidak sesempurna orang lain...
Pintaku hanya kesetiaan,keikhlasan, dan kejujuran…
Hanya itu yang aku pasti
Tapi yang aku dapat cuma kesakitan dan penderitaan…
Hey hati tenanglah kau…
Kini aku masih lagi sendiri dan masih lagi mencari-cari keistimewaan diriku…
Aku tahu untuk aku menyintai seseorang adalah perlu untuk aku menyanyangi dahulu diriku sendiri…
Herm…
Aku benci apa itu harapan kerana harapan aku tersangkut di tengah-tengah kebahagiaan…
Sering kali hati ini bermain dengan harapan yang tak pasti…
Aku benci untuk berharap lagi, aku benci…
Sudahnya yang aku dapat hanya harapan yang punah…
Hey hati ko masih boleh bertahan…
Aku tidak menafikan yang aku mahu merasai sekali lagi rasa itu
Rasa yang membuatkan kita sentiasa di awang-awangan ketika diri dipuja bak bidadari…
Rasa diri ini melayang mendengar bait-bait cinta…
Walaupun datangnya dari bibir kotor, busuknya itu…
Rasa yang membuatkan diri ini sentiasa gembira,disayangi dan dihargai…
Cukup!!!
Itu semua sudah cukup buatku…
Yang aku dambakan hanya seorang insan yang terima aku seadanya…
Aku tidak meminta lebih,
Aku hanya mahu kasih sayang yang tak berpenghujung…
Aku sudah rimas dengan harapan-harapan ini…
Aku rimas!!!
Jika diberi peluang mahu sahaja aku meluahkan rasa yang makin menikam dada…
Tapi aku tahu aku masih lagi punya harga diri yang cukup tinggi bagi seorang lelaki untuk menilainya…
Biarkan aku tidak bahagia jika harga diriku dipinta…
Aku juga masih punya maruah untuk dijaga…
Kekecewaan yang sering berkunjung membuatkan aku takut untuk mengenal lebih ramai ragam manusia di muka bumi ini…
Ya aku masih memegang prinsip bahawa jodohku menungguku…
Mungkin bukan saat ini aku perlukan seseorang tetapi mungkin suatu hari nanti…
Akan ku tunggu detik itu…
No comments:
Post a Comment